Virtual Cultural Experience & Education

Mengenal Seni Batik,
Melalui Desktop & Virtual Reality.

Meneroka keindahan flora dan fauna serta proses penghasilan batik tradisional Malaysia secara mendalam melalui media pembelajaran berasaskan PC desktop 3D dan set kepala Realiti Maya (VR). VR Seni Lilin Nusantara membawa seni batik tradisional ke dunia digital, membolehkan pengguna meneroka, mempelajari, dan menghasilkan reka bentuk batik mereka sendiri secara kreatif.

Tersedia untuk Windows PC & Headset VR (Meta Quest / Android VR)
Warisan Budaya UNESCO
Immersive 3D & VR
Desktop & VR Ready
Simulasi Canting & Lilin 3D
v1.0 Release

Apa itu VR Seni Lilin Nusantara?

"VR Seni Lilin Nusantara merupakan media pembelajaran interaktif yang menghadirkan proses pembuatan Batik Tradisional Malaysia ke dalam lingkungan virtual 3D dan Virtual Reality. Pengguna dapat memahami motif batik, memegang canting maya, terokai seni mencanting batik secara interaktif daripada melakar dengan lilin panas hingga menghasilkan karya batik anda sendiri.”

Belajar Konsep Batik

Kenali asas batik, daripada motif dan teknik mencanting hingga proses menghasilkan karya batik secara interaktif dalam VR

Interaksi 3D Nyata

Praktik menggunakan canting mengikuti pola kain kapas secara langsung dengan kawal papan kekunci tetikus atau pengawal gerakan VR.

Pengalaman Menyeluruh

Merasakan suasana bengkel Batik Tradisional dalam dunia 360° yang imersif dan visual berdefinisi tinggi.

Video Demonstrasi Aplikasi

Saksikan sekilas sedutan interaksi Batik, penggunaan canting, dan suasana pembelajaran di dalam aplikasi VR Seni Lilin Nusantara.

Demonstrasi Interaksi Batik VR

tekan untuk memainkan sedutan permainan & simulasi pembuatan Batik

Full HD 1080p Desktop 3D & VR 6-DoF Audio Spasial

Pilih Versi Aplikasi

Dapatkan pemasang desktop untuk PC atau pakej APK untuk peranti Realiti Maya.

PC / Laptop

Versi Desktop

Satu aplikasi kendiri untuk sistem pengendalian PC atau komputer riba Windows. Ia sesuai untuk pembelajaran di dalam bilik darjah, sesi makmal komputer, dan pembentangan visual.

  • Sistem: Windows 10/11 (64-bit)
  • Kawalan: Tetikus & Papan Kekunci / Gamepad
  • Grafik: Rendering 3D Realistik 60 FPS
  • Format: Pemasang Windows EXE Berdiri Sendiri (.exe)
Muat Turun Versi Desktop (.exe)
Format: .EXE (Windows x64) • 531.21 MB • Versi 1.0.0
Immersive VR

Versi Virtual Reality

Pengalaman penghasilan batik 360° yang mengasyikkan sepenuhnya, menggunakan set kepala Realiti Maya dengan pengawal gerakan yang menjejak pergerakan tangan secara tepat.

  • Peranti: Meta Quest 2 / 3 / Pro & Android VR
  • Kawalan: Pengawal Pergerakan 6-DoF (Pengesanan Tangan)
  • Fizik: Aliran Lilin yang Lancar & Sentuhan Berketepatan Tinggi
  • Format: Sideload APK / Pemasang Quest
Muat Turun Versi VR (.APK)
Format: .APK (Meta Quest / Android) • 546.29 MB • Versi 1.0.0

Alami Proses Pembuatan Batik

Pelajari setiap peringkat seni batik, daripada penyediaan corak hinggalah penghasilan karya agung tekstil.

01

Mengenal Motif

Terokai kepelbagaian motif batik dari seluruh kepulauan, corak geometrinya, serta makna konsep yang mendalam di sebaliknya.

02

Menyiapkan Canting

Ketahui anatomi canting, suhu ideal bagi lilin panas di dalam bekasnya, serta teknik menceduk lilin cecair tersebut.

03

Melukis garisan menggunakan canting

Sapukan lilin panas sambil melakar garisan corak pada fabrik kapas dengan tangan yang stabil dan penuh ketepatan.

04

Pewarnaan & Hasil Karya

Saksikan proses pencelupan dan penanggalan lilin yang menghasilkan kain batik yang memukau.

“

Batik Bukan Sekadar Motif

Di sebalik setiap coretan canting dan lengkungan motif batik, terkandung doa, konsep hidup, serta jati diri bangsa yang luhur. Batik VR menghubungkan warisan agung ini dengan generasi masa kini menerusi teknologi digital yang interaktif dan mengasyikkan.

Warisan dalam Setiap Motif

Terokai pelbagai motif batik dari Malaysia yang kaya dengan doa, kebijaksanaan, dan keharmonian alam semesta.

Motif Batik

Kawung

Corak geometri yang terdiri daripada susunan bentuk oval yang simetri. Motif ini melambangkan keseimbangan, keharmonian dan keteraturan. Reka bentuk ini diilhamkan daripada keratan rentas buah kolang-kaling (buah pohon aren atau gewang) yang disusun kemas.

Motif Batik

Parang Rusak

Bentuk Huruf 'S' yang Berangkai: Disusun secara berterusan tanpa putus, melambangkan kesinambungan hidup, hubungan yang tidak terputus, serta warisan perjuangan yang diwarisi daripada satu generasi ke generasi. Diinspirasikan daripada ombak laut yang menghempas tebing batu karang secara berterusan

Motif Batik

Motif Kelak Pinggir Awan

Disusun secara berulang dan teratur dengan garis yang bersiku atau melengkung menyerupai tepian awan di langit. Ia merupakan perkembangan atau olahan daripada motif asas meander (bentuk berpunca daripada garis bersambung-sambung berbentuk huruf 'T' atau lipatan siku).

Motif Batik

Motif Pilin Berganda

Garis yang berlingkar atau berputar keluar dan masuk membentuk lengkungan spiral. Sering kali digunakan dalam susunan menyerong atau berulang-ulang untuk menghasilkan rentetan garis yang dinamik pada kain batik.

Bersedia untuk meneroka seni batik melalui teknologi masa hadapan?

Muat turun aplikasi ini sekarang untuk PC Windows atau set Headset Virtual Reality dan alami keseronokan menghasilkan batik dengan cara yang baharu.